Sila Klik pic diatas
Begitu seronok dan amat berpuas hati apabila reka bentuk yang hanya menjadi imaginasi dapat diadaptasikan dan berada di depan mata. Sudah terlalu lama menunggu motosikal idamannya itu untuk disiapkan sudah tentulah ingin melaram setiap hari jika ada masa terluang. Jelas sahabat kita yang bertugas di Cawangan Melaka iaitu Bro Saiful pemilik "custom chooper" yang ternyata garang.
Kerana begitu meminati dunia "custom chooper", pada tahun 2009 Saiful telah melakukan pengorbanan dengan menjual Honda CB1100 miliknya dan membeli model Vulcan 500 untuk merialisasikan impian beliau daripada seorang kenalannya. Namun dia tidak menunggu masa yang lama untuk melakukan pengubahsuaian motosikalnya kerana rekaan asal Vulcan 500 tidak menepati citarasanya.
Vulcan miliknya bersama idea pengubahsuaiannya sendiri terus dibawa ke bengkel ubahsuai motosikal, milik seorang rakan. Saiful telah mengubah 80% dari keadaan asal Vulcan 500 tersebut. Dia hanya menggunakan enjin berkuasa 500cc itu sahaja manakala selebihnya adalah idea "custom"nya itu.
Perkara pertama yang dilakukannya adalah menyediakan kerangka motosikalnya. Penyediaan kerangka ini memerlukan penelitian yang lebih kerana ia perlu bersesuaian dengan enjin yang akan disokong oleh rangka tersebut. Kekemasan kerja juga perlu dijaga untuk melengkapkan penyediaan kerangkanya itu.
Saudara Saiful telah menggunakan tayar belakang bersaiz besar untuk mengolekan motosikalnya itu. Sistem brek depan dan belakang dikekalkan dan dibaikpulih dengan sempurna. Lampu hadapan dan bar handle juga telah digantikan dengan aksesori custom yang mudah didapati di Negara kita ini , cantik dan sesuai dengan rekaan motosikalnya.
Enjin sejukan cecair Vulcan ini diservis dan dibaikpulih dengan teliti agar tidak mendatangkan masalah dikemudian hari. Manakala system pendawaian dan bateri disimpan kemas dan telah diletakan ditempat yang bersesuaian.
Tangki asal telah ditukarkan kepada "custom" yang lebih cantik dan menepati ciri rekaan "chooper"nya itu. Ianya direka khas untuk rekaannya itu bersesuaian dengan ranka badan motosikalnya. Bahagian kerangka belakang telah dilakukan dengan teliti oleh mekanik yang mahir dengan rekaan kerangka motosikal. Penelitian ini perlu untuk membolehkan saiz tayar yang besar dapat dioperasikan dengan lancar.
Tak sah kalau motosikal custom tidak dibuat pengubahsuaian system ekzosnya. Saiful inginkan bunyi ekzos yang garang dan sedap didengar lalu dipasangkan dengan ekzos rekaan khas untuk chooper kesayangannya. Kini bunyi garang dari ekzosnya mampu menarik perhatian sesiapa sahaja apabila pendikit diputarkan apatah lagi melihat rekabentuknya yang unik serta jarang ditemui bergerak diatas jalan raya di Negara kita ini.Pemilihan warna merah juga telah membuatkan motosikal ini kelihatan garang apabila beraksi di jalanraya.
Pada tahun 2011, motosikal yang diimiginasikan oleh Saiful akhirnya telah menjadi kenyataan. Pengubahsuaiannya telah siap sepenuhnya. Dengan kos sekitar RM 15,000.00 kepuasan yang tidak terhingga oleh pemiliknya. Motosikal ciptaan sendiri berada di depan mata. Motosikal ini boleh mencapai kelajuan 140 km/j apabila berada di lebuhraya. Saiful juga kerapkali menyertai pameran-pameran, atau karnival-karnival yang melibatkan motosikal di sekitar negeri Melaka dan di mana juga negeri di Malaysia ini. Inspirasi dan ketabahannya itu perlu kita jadikan pemangkin semangat kepada KEBARA Bikers. Bak kata pepatah melayu " Dimana ada kemahuan disitu ada jalan". Kepada yang berminat dalam arena 'custom chooper' ini boleh la menghubungi kawan kita ini di Bank Rakyat, Cawangan Melaka. Wassalam - Adukateruna
No comments:
Post a Comment