Sunday 2 March 2014

RIDE KEBARA BIKERS CINTA BERSEMI KASIH TERPATRI DIHATI DISELERA RIMBA SUNGAI BESAR, SELANGOR

As salam semua,bertemu kita dalam celoteh kali ini. KEBARA Bikers bukan sahaja boleh merapatkan ukhuwah antara sesama ahli-ahli dan bikers2 yang ada diseantero dalam negara ataupun luar negara, namun tujuannya lebih dari itu. Siapa kata brother-brother motor ni hanya seorang yang Nampak ganas, tak romantik, tiada masa diluangkan untuk keluarga dan sebagainya? Sebenarnya aktiviti inilah yang akan menjadikan kita menjadi seorang yang lebih romantik, prihatin, lebih berdisplin, menjadi semakin bertanggungjawab dan sebagainya. Dalam dunia masa kini yang penuh kesibukan dengan kerja-kerja harian, mungkin masa kita untuk bersama anak dan isteri akan lebih menjadi terhad.

Namun itu semua bukan alasan, berbagai aktiviti kita boleh lakukan untuk terus menyuburkan ikatan kekeluargaan terutama bersama isteri yang tersayang. KEBARA bikers juga tidak ketinggalan membuktikan fakta tersebut adalah benar. KEBARA Bikers telah mengambil salah satu pendekatan untuk membuktikan kebenaran fakta ini. Pada 15 Feb 2014 yang lalu, satu ride santai telah dianjurkan oleh KEBARA BIKERS. Ride yang dikenali Cinta bersemi kasih terpatri dihati. Ride ini akan menuju ke destinasi utamanya iaitu Restoren Selera Rimba di Sungai Besar. Ride santai ini diberi nama sedemikian kerana, bikers yang menyertainya akan membawa pasangan isteri masing-masing. Mungkin selama ini hanya berdua sahaja tetapi kali ini bergerak secara kumpulan lebih menyeronokkan dari biasa bukan....

Untuk projek kali ini, hanya 8 biji motorsikal telah  mengesahkan untuk menyertai ride santai ini. Mungkin pada waktu dan ketika ini, ahli-ahli KEBARA Bikers yang lain tidak dapat menyertai ride ini disebabkan oleh komitmen yang telah dirancang terlebih dahulu. Begitu juga dengan Tuan Presiden KEBARA Bikers iaitu Ustaz Zaki. Pada tarikh yang sama Tuan Presiden telah diundang ke Marang, Terengganu untuk memberikan kuliah Agama di masjid Telaga. Tabik kepada tuan Presiden apabila beliau hanya ditemani isterinya sahaja untuk ke  Terengganu dengan  menaiki kuda besi dua roda kesayangan beliau. Tabik jugak kepada ustazah kerana sanggup menemani suami kesayangannya walau kepenatan. Tapi tuan presiden ni memang suka ride solo ehehheheheh

Projek ride ke Selera Rimba ini telah diketuai oleh Tuan penaung KEBARA BIKERS iaitu En Zulfakrozi, bro zulkefli juri, bro azhari ahmad, bro zul kental, bro borhan dari port klang dan 3 org lagi rakan dari banting. 
 
Bergambar kenangan sebelum memulakan perjalanan
 
Ibupejabat Jalan Tangsi telah dipilih sebagai RV projek ini. Tepat jam 8.00 pagi, En. Zulfakrozi bersama isteri telah siap sedia dengan BMWnya diikuti bro Zul dan isteri (Versys 650) serta bro Azahari serta isteri (Er6 650) untuk memulakan perjalanan. Konvoi ini akan bergabung dengan konvoi bro Zul Juri & isteri ikuti 4 motosikal yang lain ditempat yang telah dijanjikan.
 
 

Kelapan-lapan motosikal ini telah memulakan perjalanan untuk menuju ke pit stop yang pertama iaitu di Sungai Serdang untuk bersarapan pagi tepat jam 9.15 pagi. Dengan hidangan lontong yang menyelerakan, cukup untuk alas perut kesemua peserta konvoi pada pagi ini sebelum menikmati hidangan utama nanti.
 
Pit stop yang pertama untuk bersarapan pagi
 

Pasukan konvoi ini telah meneruskan perjalanan dengan pemanduan yang santai untuk  menikmati keindahan jdan suasana kawasan perkampungan untuk  menuju ke Sungai Besar.  Bukan mudah untuk kita menikmati suasana begitu di bandaraya Kuala Lumpur ini. Dapat sekali sekala perghhhhhhh hilang sebentar hiruk pikuk dan hingar bingar kesibukan kereta dan penghuni bandar kota metropolitan Kuala Lumpur ini.
 
 
Tempat yang dituju telah berada didepan mata. Restoren Selera Rimba.... hurm apa yang menarik sangat tentang restoren ni. Tapi kalau dengar nama restoren ini pun lain macam.. Selera Rimba...aduhhh makin senak rasa perut kepada yang tidak menyertai ride Cinta Bersemi Kasih terpatri dihati ini. Masakan tidak, hidangan yang terdapat di restoren ini ternyata perghhh sukar untuk diluahkan dengan kata-kata. Pernah makan rusa, pelanduk, kijang, ayam hutan or daging landak?? ok admin maksudkan daging haiwan liar yg betul2 ori, dari hutan punya... bukan haiwan yg dipelihara.. sekiranya mengidam haiwan liar yg pelik2 ni disinilah untuk mencari hidangan makanan autentik ini...restoran ni amat popular di kalangan bikers...

Menu utama di restoren Selera Rimba

Berbagai-bagai jenis hidangan terdapat disini antaranya Landak Masak Rendang dan juga Rusa Masak Kicap. Antara yang digemari pengunjung di sini ialah Ayam Hutan Goreng Berempah. Pasukan konvoi Kebara Bikers pada tengah hari ini telah menikmati Rusa Masak Kicap, Ikan baung masak lemak perghhhhhh...admin yang menulis berita ni pun terasa kecur air liur. Ayam kampong goreng berlada.. ditambah dengan ulam-ulaman..aduhhhhhh bestnyaaaa...Kesemua peserta konvoi termasuk para-para isteri masing masing tersenyum kepuasan kerana kekenyangan hehehheheh...
 
perghhhh sedappp tu
 
Para peserta konvoi memulakan perjalanan balik setelah selesai mengerjakan solat zohor di masjid berhampiran dan merehatkan badan. Dalam perjalanan pulang, pasukan ini sempat juga singgah di warung cendol bakar di Kuala Selangor. Ini merupakan perhentian terakhir sebelum kesemua peserta berpecah untuk pulang ke rumah masing-masing.
 
Layan cendol pak bakar plak di Kuala Selangor
 
Rata-rata para isteri peserta konvoi yang mengikuti program pada kali ini telah menunjukkan kepuasan dan keseronokan nmenyertai ride kali ini. Lepas ini abg tidak boley lagilah ride seorang diri kalau ayang tak ikut.... semoga bertemu lagi di lain catatan...Adios - Jebat Blader
 

No comments:

Post a Comment