Thursday 22 August 2013

Benelli TNT 600

 
Pastinya  rekaan kerangka TNT600 mencerminkan sifat peribadi mesin ini yang lasak dan tegap. Kerangka ini memeluk enjin 600cc, four-stroke, 4-silinder dengan system bahan api injection yang nyata cukup power. 4 barisan paip ekzos di bahagian enjinnya menyerlahkan lagi keanggunan TNT600. Tengok sahaja bahagian ni, terbayang kehebatan jentera ini di jalanan.
 
 
Ciri-ciri moto Itali dapat dilihat menerusi rekaan lampu hadapan yang besar. Lampu isyarat dipasang berasingan untuk memudahkan penunggang dilihat dari jauh. terdapat satu meter analog (RPM) dan satu meter digital yang memaparkan info-info penting seperti kelajuan, jam, suhu, level minyak, jumlah perjalanan (ODO) dan trip. Dengan lampu background yang terang, meter ini mudah untuk dilihat walaupun di tengahari dan ketika berkelajuan tinggi. Kami rasa model jalanan ini perlu disertai penunjuk posisi gear bagi memudahkan pengguna mengenal pasti kedudukan yang tepat sebelum mengambil selekoh.
 
Rekaan corong ekzos model ini yang moden, menarik minat hampir semua yang memandangnya. Corong ekzos yang berwarna kelabu/graphite, satu gandingan yang tepat dengan warna merah TNT. TNT juga mesra pembonceng dengan pemasangan bar pemegang di bahagian belakang.
 
Tekan sahaja suis penghidup, enjin berputar lembut tetapi bile mula panas, bunyi ekzos yang terhasil cukup sedap didengar dan lebih mengujakan apabila kita memutarkan throttle dengan lebih tinggi. Motosikal seberat 208kg dan pelana yang setinggi 800mm mungkin sedikit sukar untuk para penunggang wanita atau yang berbadan kecil.
 
 
Segala masalah berat dan ketinggian itu serta-merta hilang sebaik sahaja tayar bergolek. Handlebar direka dengan jarak dan sudut yang cukup sesuai untuk segala jenis perjalanan, dekat atau jauh. Inilah kelebihan mesin-mesin street yang memberikan penunggang pengalaman menunggang di jalanan berselekoh bagaikan pelumba, dan seperti pengembara pabila berada di highway.
Gearbox 6 kelajuan mempunyai pergerakan yang licin dan kemas dengan gear ratio yang sesuai.  Sistem gear yang lembut membolehkan kita menukar gear dengan lebih pantas dan mudah pada mana-mana kedudukan rpm dan tahap kelajuan. Kekurangan yang jelas terasa pada model ini ialah mid-power yang agak lembab sedikit. Dengan chassis yang tegar dan mantap, mesin ini langsung tidak bergegar ketika kita memecut ke tahap maksimum. Motosikal ini berprestasi seperti namanya Tornado Naked Tre (TNT); laju, pantas seperti puting beliung dengan topspeed lebih daripada 230km/h (admin: sales manager die inform 240kmh topspeed, masih steady/tak goyang)
 
Dengan memiliki bentuk badan yang langsing dan engine-braking yang tak terlalu kuat, TNT600 cukup jinak dan mudah dikendalikan ketika berada di dalam bandar. Tak sangka, sistem ekzos tidak mengeluarkan haba panas yang mengganggu penunggang mahu pun pembonceng walaupun menunggang di tengahari. Tahniah Benelli!
 
 
Mesin bogel/naked memang garang apabila berada di jalan-jalan berselekoh. Turunkan kedudukan gear yang bersesuaian, body-leaning dan tarik mesin ke kiri atau ke kanan -Fuh! TNT600 kemas mengikut segala arahan kita tanpa rasa membuang, ia ‘terbang’ dengan yakin. Fork depan teleskopik USD (upside down) 50mm menyerap hentakan dengan jitu walaupun ada ketikanya terdapat bonggol di tengah-tengah selekoh …”
 
 
Sumber daripada Majalah Roda-roda tapi dah olah sikit-sikit pakai bahasa pasar
 
Ini pula adalah hasil daripada review seorang sahabat Admin yang baru mencuba TNT 600 pula ini katanya.
 
Impression
  •  Dari luaran, memang nampak kompak dan solid sahaja Cik Nelli TNT6 ni.
  • Walaupun nampak tinggi, setelah aku naiki, kedua kaki aku dapat capai jalan dengan OK. Tinggi aku 169cm, so takderla tinggi sgt sebenarnya. TX200G aku pun lagi tinggi seating position nya.
  • Kedudukan gear agak ke belakang so posisi kat atas motor bolehla disamakan dengan ‘sportbike’ versi naked. Rasenye posisi hampir sama dengan Z800, atau Aprillia Shiver 750.
  • Kemasan luar sememangnya cantik dan menampakkan ciri-ciri motor Itali.
  • Tangki minyak nye saiz besar gile, atau atleast design die menampakkan ianya besar. bile naik sedap pulak kepit tangki tu kat peha :D
Performance
  • Max. 82 kuasa kuda, dengan torque sebanyak 52nm maximum.
  • Setelah kunci diputar, bunyi 4-inline yang berderau bawah bontot dan perut tak dapat dilupakan. Feeling nya  dah hampir sama dengan sportsbike macam R6/CBR6000
  • Klac bolehla dikatakan agak berat, kalau nak dibandingkan dengan moto kelas bawah (150-200cc). Mengikut pengalaman aku pulak, klac Versys pun lebih ringan dari TNT6. Tapi klac berat kan memang perangai motor sports, tak gitu? So takde ape yg nak dirisaukan.
  • Gear 1 pulak dapat dimasukkan dengan lancar, dengan sedikit bunyi ‘tap’ bile gear dah masuk. Hal ni common kat SBK dan power berkuasa tinggi.
  • Setelah throttle dipulas, moto berdesup ke depan dalam gear 1. Tapi bile dah berada dalam gear 2, power dekat low-medium RPM (1-5) mula dirasai macam tak sekencang gear 1. Tapi NANTI DULU, revkan throttle sampai RPM 5 dan lepas tu, TNT600 seperti dapat ‘turbo’ terus memecut dan memecut ke depan. Bagi first time rider macam aku, memang terasa powernya.
  • Gear dituka satu per satu sampailah ke gear-6. Surprisingly,  walaupun aku cruising dalam 120-130kmh, power distribution pada gear ke-6 adalah sangat smooth, takde langsung henjut henjut atau sedak sedak bile RPM dah rendah sikit dan moto mula slow.
  • Testing pusingan U di traffic light; Disebabkan tak biasa dengan TNT600, aku perlukan turning radius yang lebih besar dari biasa untuk melakukan U-turn. Mungkin pada rider yang dah biase dengan jentera, takde masalah langsung nak ‘lipat’ kat U-turn.
  • Brake depan bersaiz 340mm double memberi cengkaman yang sangat meyakinkan, ditambah pula Tayar Pirelli Angel ST yg tak mengecewakan langsung bile throttle diperah untuk pecutan segera.
  • Standard exhaust sebenarnye cukup memadai untuk rider ‘merasa’ 4-inline punye bunyi. Tapi mungkin juga ade yang lebih minat untuk ‘showoff’ dan naikkan performance motosikal selain faktor kosmetik.
  • Engine braking yang tak terlalu kuat, just cukup untuk memperlahankan moto dengan kadar yang terkawal (tak terlalu kuat menarik)
Handling
  • bagi rider 1st-timer macam aku yang tak biasa dengan naked sportsbike, mulanya agak kekok sikit nak bergerak dan posisikan lutut aku ke tangki. Namun bile motor dah jalan, semua tu automatically settle sendiri.
  • Handle bar yang agak rendah juga membuatkan posisi riding yang lebih membongkok ke hadapan.
  • Suspensi depan dan belakang secara amnya tiada sebarang kekurangan.
  • Cubaan untuk corner atau lean-down tak dilakukan sebab ini bukan moto aku, dan aku tak berpakaian lengkap untuk berbuat demikian. Bahaya beb main korner dengan jentera yang korang tak biasa, especially dengan brek dan kuasa enjinnya yang belum lagi aku biasa.
  • Overall grip tayar, throttle responds dan pecutan adalah mencukupi
Overall
  • TNT600 Tornado adalah ‘best bet’ for money yang korang boleh beli sekarang dalam market. RM31500 – RM32,000 OTR di sekitar KL & Selangor. Styling ade cue sikit dari Aprillia Shiver 750, performance yang aku rate setaraf dengan XJ6 dan yang paling masyuk, RARE lagi dalam Malaysia.
  • Kalau mampu beli Z800, silekan beli Z800 sebab motor ni bukan saingan Z800 (113hp vs 83hp). TNT600 vs XJ6? Hmmm terpulang kat hati korang but I will go for TNT600 for styling.
  • Parts dan service boleh dilakukan dekat dealer dealer official Benelli-Keeway di seluruh Malaysia.
  • Maintenance: Roughly RM250/service (biase) yang include 4L minyak hitam jenama Petronas Synthium Moto, spark plug dan juga oil filter. Labour charge adalah free kalau korang service kat Service Center Jln Ipoh, KL.
VERDICT
  • POSITIVE: BANYAK. HAHA
  • NEGATIVE:
  1. Tiada ABS! Atleast bagilah choice untuk rider upgrade/pilih spec yg lebih mahal sikit yang ade ABS. Benelli perlu peka juga pada kadar kemalangan superbike masakini.
  2. Tiada gear indicator (Hmpf. Yamaha Sports 100 aku tahun ’88 kat kampung pun ade gear indicator kot. Mahal sgt ke nak letak??)
  3. Riding position yg agak membongkok (kurang sesuai untuk jalan jauh kecuali banyak berhenti)
  4. Rintangan angin yang sangat kuat jika ride tanpa windshield
  5. Kurang lagi accessories macam engine guard dan frame slider dalam pasaran, tak seperti Kawa Z800 ataupun Kawa ER6.
  6. RPM 1-5 seperti sedikit lesu/underperform tapi masalah ni ade yang selesaikan dengan tukar ekzos aftermarket. Get ready lah dalam RM2000 – Rm3000 :)
 
TQ Sahabat kerana sudi berkongsi pengalaman - from Adukateruna

3 comments:

  1. perbezaan bwak moto ni ngan versys 650..mcmne...d kah moto ni sme mcm superbike potong angin..minat yg santai..n rumit x nk jge natang ni..tq

    ReplyDelete