Tuesday 27 August 2013

Z250: Baby terbaru Kawasaki dalam perjalanan ke Malaysia

 
Kata pepatah, biar lambat daripada langsung tidak pernah, lebih kurang macam ini bunyinya “better late than never”. Bagi anda yang menanti dengan sabar kehadiran model ‘naked’ Kawasaki Z250, mungkin saatnya akan tiba tidak lama lagi.
 
Menurut sumber daripada laman-laman web berkaitan, model dengan enjin 250cc yang dinanti-nantikan itu akan tiba ke pasaran Malaysia dalam masa terdekat, namun tarikh yang tepat masih belum diumumkan, berkemungkinan dalam bulan September depan.


 Di tengah-tengah kesibukan dan kesesakan bandaraya, untuk menuju ke lampu isyarat yang seterusnya bagaikan satu perjuangan. Bersaing untuk posisi dan menjadi yang pertama melolosi sangkar beroda empat, seterusnya meninggalkan persaing di belakangnya. Berjuang dikota yang agresif memerlukan kuasa, ketangkasan dan keyakinan, dating dari kawalan motosikal yang menyeluruh. Untuk menonjolkan diri dikalangan gladiator kota Kawasaki menawarkan  “street fighter” 250cc yang pertama iaitu Z250. Jika model supersport direka untuk menguasi litar, maka model “street fighter” pula adalah “Urban Assault Vehicle”.

 
 
Motosikal Kawasaki Z250 menggabungkan prestasi Ninja yang agresif dengan perantara yang direka untuk kawalan maksimum ketika merentasi laluan kota: pakej yang ideal untuk mencuri tumpuan dan menonjol di hutan konkrit. Biarlah “repli-racer” beraksi di litar – bila tiba masa untuk mendominasi bandar, jalanraya adalah milik Z.
 
Dengan karakter “street fighter”, Z250 menampilkan posisi menerkam ke hadapan. Reka bentuk berat jisim di bahagian hadapan dan “minimalist tail” menggambarkan karakter yang dinamik. Reka bentuk yang gagah ke hadapan menunjukkan gaya Z250 bersedia untuk menerkam, walaupun enjin tidak dihidupkan.
 
 
Untuk tidak disamakan dengan motosikal biasa, Z250 memiliki tahap kemasan tersendiri yang membezakan ia daripada model “naked” lain. Reka bentuk badan yang sempurna, cat yang menarik dan berkualiti serta perhatian yang tinggi pada setiap perincian memastikan Z250 kelihatan mengagumkan daripada jauh mahupun dekat.
 
Kredibiliti dinilai melalui prestasi. Dengan enjin berkembar selari yang dominan dan kerangka litar sama seperti Ninja 250 yang baharu, Z250 menawarkan pakej prestasi yang terbukti. Kuasa tarikan pendikit akan jelas terasa perbezaannya daripada model “naked” yang lain, memastikan Z250 sentiasa di hadapan saingan.
 
Kombinasi kawalan yang tangkas, kedudukan menunggang yang menegak dan bar handel yang lebar memberikan posisi ideal untuk tunggangan dinamik – memberi kelebihan ketara ketika merentasi jalan raya kota. Dengan enjin berasaskan Ninja dan kerangka yang berprestasi, penunggang Z250 yang mahir tidak boleh ditandingi di bandaraya.
 
Harga motosikal ini di Indonesia adalah 48.5 juta Rupiah bersamaan RM 15,539.79. Jika ia berada dipasaran Malaysia, motor ini berkemungkinan berharga dalam lingkungan RM 22 - 23k. Dan sudah pasti ia tidak akan lebih mahal berbanding versi sportsnya. Kawasaki Z250 2013 Malaysia ini didatangi dengan tiga warna iaitu Ebony Black, Perarl Stardust White dan red.
 
 
 
 

KEY FEATURES

·         “Headlamp cowl” yang garang
“Headlamp cowl” yang kompak dengan visor meter mini merupakan satu elemen gaya utama kepada reka bentuk “street-fighter” Z250 yang agresif. “Headlamp cowl” ini meliputi pemantul cahaya lampu hadapan, menambahkan ekspresi yang garang kepadanya

·         Pelindung enjin yang tegap
Satu lagi ciri gaya Z ialah pelindung enjin yang tegap yang mengagumkan dan memberikan perbezaan daripada “naked bike” yang lain

 
·         Reka bentuk tangki minyak melengkung
Tangki minyak yang melengkung di atas dan condong kehadapan menambahkan rekabentuk yang lebih dinamik. Rekabentuk melengkung ini membolehkan kapasiti bahan api 17-liter dan menyumbang kepada kedudukan menunggang yang lebih ergonomik antara penunggang dan motosikal
 
 
·         “Tail Cowl” yang minimalis
Untuk menyempurnakan imej “street-fighter”, “tail cowl” yang ringkas membantu memfokuskan berat jisim di bahagian hadapan, menghasilkan rupa yang dinamik dan agresif. Ekzos “short-style” dan tayar belakang yang lebar menambahkan rupa yang lebih hebat.
 
 
·         Peredam bunyi “short-style”
Peredam bunyi “short-style” dengan ruang bersilang yang kompleks memberikan isipadu yang diperlukan tanpa menganggu sudut tirus (lean angle) motosikal. Pelindung peredam bunyi keluli tahan karat yang besar menambahbaik rekabentuknya di samping melindungi penunggang daripada haba panas
 
·         Kokpit “street-fighter”
Panel paparan Z250 yang “sporty” menggabungkan takometer jenis analog yang besar dengan skrin LCD pelbagai fungsi. Ciri-ciri pelbagai fungsinya termasuk jam, meter bahan api dan meter dwi perjalanan. Lampu paparan LED berwarna jingga menyerlahkan lagi imej “street-fighter“ dan memastikan meter kelihatan lebih jelas pada waktu malam.
 
·         Enjin berkembar selari
249 cm
3 injeksi minyak
Enjin Z250 adalah enjin Berkembar Selari 4-lejang, penyejuk cecair, 249 cm3, direka untuk tindakbalas yang mesra kepada penunggang. Ia memberikan tork dan tindakbalas yang lancar pada rpm rendah dan sederhana, dan kuasa pecutan pada rpm yang tinggi. Sama seperti enjin model Ninja 250, enjin Z250 bercirikan silinder aluminium “sleeveless die-cast” dengan gerek bersadur gaya “supersport”.
 
 


 

·         Injap “Dual Throttle”

Sama seperti model “supersport” Ninja, injap “dual throttle” memberikan kawalan kemasukan udara yang tepat menghasilkan tindakbalas yang lebih lancar di seluruh julat rpm. Injap “dual throttle” juga menyumbangkan kepada prestasi yang tinggi, meningkatkan keberkesanan pembakaran dan menjimatkan penggunaan bahan api.
 
 
·         Kerangka litar
Casis Z250 juga berasas daripada casis Ninja 250 yang berprestasi tinggi. Kerangka berbentuk berlian mempunyai kekerasan dan kestabilan yang tinggi, dipadankan dengan suspense yang fleksibel menjamin tunggangan yang berkualiti dan berprestasi tinggi. Pautan enjin dilekapkan dengan getah mengurangkan getaran dan juga menambahkan kepuasan menunggang.
 
·         Bar hendal yang lebar
Di samping imej Z250 “street fighter” yang agresif, bar hendal yang lebar dan ergonomik memberikan posisi duduk yang ideal kepada penunggang serta memberikan tunggangan yang dinamik dan kawalan yang mudah ketika menunggang di dalam Bandar
 
·         Brek Cakera Berkelopak dan rim aluminium yang ringan
Seperti Ninja 250, Z250 ini juga menampilkan brek cakera berkelopak hadapan dan belakang yang memberikan kuasa henti yang meyakinkan, kawalan yang hebat dan rupa “sporty”. Rim aluminium 10-jejari yang ringan memberikan kawalan yang lebih ringan dan mudah
·         Tayar belakang 140 mm
Tayar belakang lebar berukuran 140 mm berpadanan dengan prestasi enjin yang hebat menyumbang kepada imej “street-fighter” yang agresif serta memberikan kestabilan tunggangan yang hebat. - AdukaTeruna
 
Sumber: Kawasaki Japan, Kakimoto, Majalah Roda-roda
 

1 comment:

  1. Casino Review 2021: Bonuses, Games, RTP, & Bonus Offers
    Play at Casino 바카라양방 Sites Casino 해외 축구 스코어 Sites 손 풀기 게임 for 2021. Find the 마이크로바카라조작 Best 부산건마 Casino Bonuses, Games, and Slots for your gaming needs now!

    ReplyDelete