Thursday 22 August 2013

CBR 600RR 2013



CBR600RR merupakan satu langkah besar didalam kelas 600cc Supersport apabila ia dilancarkan di tahun 2003 pada julung kalinya. Dimanfaatkan daripada input motosikal perlumbaan MotoGP ketika itu, RC211V, CBR600RR bukan sahaja mentakrifkan semula parameter prestasi atas jalan dengan fleksibeliti, tetapi juga dengan peningkatan enjin berkuasa tinggi dan pengendalian yang tepat, membolehkan jentera tersebut memenangi Kejohanan Dunia FIM Supersports dari tahun 2003 hingga 2008, enam tahun berturut-turut .
 
Pada tahun 2010 Honda juga menjadi pembekal rasmi enjin untuk kelas Moto2, dengan membekalkan jentera berkuasa berdasarkan daripada CBR600RR, sekali lagi membuktikan potensi dan kebolehpercayaan jentera tersebut. Peningkatan yang berterusan di dekad lalu telah menyaksikan evolusi CBR600RR yang menjadi satu daripada jentera yang paling cemerlang yang pernah dihasilkan di gelanggang Supersports.
 
Tumpuan telah diletakkan ke atas casis, dengan tujuan untuk mencipta sebuah motosikal yang menawarkan kawalan dan pengendalian yang jauh mengatasi kelasnya. Cabang omboh besar Showa songsang 41mm CBR600RR memastikan setiap perjalanan yang amat lancar di atas jalan, pada masa yang sama menawarkan hubungan tayar depan di keadaan yang terhad semasa di trek lumba. Roda aluminium tuangan ringan, 12 jejari – sebagaimana yang sama dengan CBR1000RR Fireblade – juga digunakan, untuk tindak balas yang lebih baik.
 
Jentera 599cc yang teramat kompak dengan penyejukan cecair DOHC 16 injap empat silinder sebaris CBR600RR menyumbang kepada pengendalian mantap motosikal tersebut. Dengan menampilkan nisbah mampatan 12:2:1, ia menghasilkan kuasa 88kW @ 13,500rpm, dengan tork 66Nm @ 11,250rpm.
 
Enjin 599cc empat silinder dengan sistem suntikan bahan api PGM-DSFI yang canggih – dibekalkan daripada kemasukan udara berkapasiti besar melalui Sistem Induksi Udara Terus – dengan ECU yang dipetakan semula meningkatkan lagi tindak balas pendikit sepanjang julat putaran. Injap Kawalan Pengambilan Udara kini juga berfungsi sepanjang julat rpm. Kesemua peningkatan tersebut menjadikan motosikal ini lebih mudah ditunggang semasa kelajuan biasa, dengan peningkatan prestasi bagi keadaan trek lumba.
 
Suspensi belakang Unit Pro-Link CBR600RR tidak menggunakan pelekap kejutan atas pada bingkai motosikal, dan ini adalah satu sistem unik Honda. Pelekap kejutan pada bahagian atas ‘swingarm’ dan pepaut bawah beroperasi dengan pergerakan bebas ‘swingarm’. Ini mengukuhkan lagi keadaan pembelokan kuat dan menyampaikan kuasa tarikan dan kebolehan berpusing, ditambah dengan penyerapan kejutan yang lebih baik dan redaman yang lebih konsisten.
 
CBR600RR disediakan dalam 3 jenis warna: Tricolour (merah, putih dan biru), Hitam Grafit dan warna Repsol.
 
CBR600RR C-ABS
 
Dua faktor utama yang mendorong kepada pembinaan CBR600RR C-ABS baru: prestasi trek lumba yang lebih baik, digabungkan dengan keupayaan ditunggang dan dinikmati di jalan berlengkok atau jalanraya bandar oleh penunggang-penunggang di semua tahap pengalaman.
 
Cabang omboh besar Showa songsang 41mm memastikan setiap perjalanan yang amat lancar di atas jalan, sementara menawarkan hubungan yang hebat bagi tayar depan apabila di trek lumba. Roda aluminium tuangan ringan, 12 jejari juga digunakan, untuk tindak balas yang lebih baik.
 
Jentera 599cc yang teramat kompak dengan penyejukan cecair DOHC 16 injap empat silinder sebaris CBR600RR menyumbang kepada pengendalian mantap motosikal tersebut. Dengan menampilkan nisbah mampatan 12:2:1, ia menghasilkan 88kW @ 13,500rpm, dengan tork 66Nm @ 11,250rpm.
Enjin 599cc empat silinder dengan sistem suntikan bahan api PGM-DSFI yang canggih – dibekalkan daripada kemasukan udara berkapasiti besar melalui Sistem Induksi Udara Terus – dengan ECU yang dipetakan semula meningkatkan lagi tindak balas pendikit sepanjang julat putaran. Injap Kawalan Pengambilan Udara kini juga berfungsi sepanjang julat rpm. Kesemua peningkatan tersebut menjadikan motosikal ini lebih mudah ditunggang semasa kelajuan biasa, dengan peningkatan prestasi di keadaan trek lumba.
 
Suspensi belakang Unit Pro-Link CBR600RR tidak menggunakan pelekap kejutan atas pada bingkai motosikal, dan ini adalah satu sistem unik Honda. Pelekap kejutan pada bahagian atas ‘swingarm’ dan pepaut bawah beroperasi dengan pergerakan bebas ‘swingarm’. Ini mengukuhkan lagi keadaan pembelokan kuat dan menyampaikan kuasa tarikan dan kebolehan berpusing, ditambah dengan penyerapan kejutan yang lebih baik dan redaman yang lebih konsisten.
 
Melalui input berterusan daripada program perlumbaan Honda, bingkai CBR600RR dibina dari tiub-tiub berkembar tuangan aluminium. Proses jisim pemusatan bagi model baru ini telah menghasilkan seksyen-seksyen yang jauh sekali dari pusat graviti motosikal menjadi lebih ringan. Ini mengakibatkan pengendalian yang lebih tangkas dan sambutan lebih tajam serta kebolehan berpusing dan membelok kepada tahap yang tinggi. ‘Rake’ ditetapkan pada 23° dengan rintisan 96.3mm; jarak roda ialah 1,375mm dan berat badan ialah 196kg (dengan Gabungan ABS elektronik).
 
Pada Jun 2008, Honda mengumumkan julung kali “Gabungan ABS elektronik” untuk motosikal-motosikal pengeluaran yang pertama di dunia. Sistem baru ini ada tersedia untuk kedua-dua CBR600RR dan CBR1000RR Fireblade pada 2009. Sistem ini berfungsi seperti berikut: input daripada tuil brek dikesan dengan pengesan-pengesan tekanan yang dihubungkan dengan ECU.
 
ECU akan menilai kelajuan roda depan dan belakang, dengan infomasi ini, menghuraikan tekanan tuas kepada unit-unit tenaga yang menjalankan brek depan serta belakang. Tekanan hidraulik kemudiannya digunakan oleh unit-unit tenaga ini keatas angkup brek, dan seterusnya menyampaikan kuasa brek yang optimum di semua situasi tanpa kejadian tersekat.
 
Semua fungsi-fungsi ABS dan CBS dijangka akan disediakan – pencegahan sekatan roda dan pengagihan daya pembrekan antara brek depan dan belakang – tetapi kawalan tepat daripada system “brake-by-wire” bermakna getaran kenderaan dan penunggangan telah dikurangkan, supaya motosikal kekal dalam posisi biasa dan neutral semasa pembrekan. Dadakan brek juga dilenyapkan, dan, secara keseluruhannya, prestasi penunggangan perlumbaan tidak terjejas – keupayaan membelok kekal seperti biasa dan kawalan juga ditingkatkan.
 
CBR600RR C-ABS juga disediakan dalam 3 jenis warna: Tricolour (merah, putih dan biru), Hitam Grafit dan warna Repsol. Harga jualan bilik pameran (motosikal sahaja) adalah seperti berikut:

CBR600RR                               CBR600RR C-ABS
Hitam Grafit RM80,588              RM94,388
Tricolour RM81,088                   RM94,888
Repsol RM82,088                      RM95,388

 
 
 
Sumber dari Majalah Roda-roda
 
Aduka Teruna
 
 
 

No comments:

Post a Comment