Monday 19 August 2013

Setiausaha Kehormat KEBARA Bikers ditimpa kemalangan


 

Malang tidak berbau. Angah atau nama sebenarnya Mohd Farizuan, Setiausaha Kehormat KEBARA Bikers telah mengalami kemalangan yang mengakibatkan kerosakan teruk pada motosikalnya. Kejadian itu berlaku pada 10hb Ogos 2013, ketika kita semua menyambut hari raya ketiga kira-kira jam 4.00 petang.
 
Kejadian itu berlaku di jalan Kuala Ketil menghala ke Baling, Kedah. Angah yang menunggang Kawasaki ninja 250 merancang ride solonya bermula dari Raub menuju ke Cameron Highland seterusnya ke Simpang Pulai menuju ke Alor Setar sehingga ke Perlis dan patah balik ke Sungai Petani serta meneruskan perjalanan ke Machang, Kelantan dan kembali semula ke Kuala Lumpur.
 
Namun, hasratnya itu terbantut dengan kejadian yang tidak diingini tersebut apabila sebiji kereta Myvi dari arah bertentangan telah melanggarnya seterusnya motosikal angah tersebut melanggar sebiji kereta wira yang diletakan di bahu jalan. Alhamdulillah, angah hanya mengalami kecederaan ringan dan Lebam-Lebam sahaja. Namun kuda besinya telah mengalami kerosakan yang teruk.
 
Menurut angah, kemalangan tersebut berpunca dari myvi yang ingin membelok secara melulu tanpa menghiraukan kenderaan dari arah bertentangan. Memang masalah ini kerap kali berlaku terutama daripada kenderaan 4 roda tanpa menghiraukan penunggang motosikal ini.
 
Angah telah membuat laporan di Balai polis Kuala Ketil seterusnya mendapatkan rawatan di Hospital Baling. Manakala motosikal kesayangan angah telah dihantar ke workshop di Sungai Petani.
 
Semangat setiakawan dikalangan penunggang motosikal telah ditunjukan oleh sekumpulan rider dari Pulau Pinang yang menuju ke Baling. Mereka telah memberi bantuan kepada angah dalam masa kecemasan tersebut. Selain itu ucapan terima kasih juga kepada ahli Nusantara Bikers Club kerana sudi menumpangkan angah untuk bermalam sebelum ahli keluarganya menjemput beliau untuk ke Machang.
 
Oleh yang demikian, walau apa pun kenderaan yang kita pandu terutama jentera dua roda tidak kira  dari sekecil-kecil ccnya ke sebesar-besar ccnya maka perlulah kita sentiasa berwaspada dan berhati-hati. Kepada angah semoga bersabar sepanjang ketiadaan motosikal kesayangannya ini.

 

Keadaan motosikal Kawasaki Ninja 250 milik angah selepas kemalangan
 

No comments:

Post a Comment