Sunday 18 August 2013

1 Malaysia World Endurance Ride 2013

Bertarikh 13 Jun 2013 merupakan hari bersejarah untuk wargakerja Ibupejabat Bank Rakyat serta ahli-ahli Kebara Bikers kerana dapat bersama-sama dalam majlis melepaskan 5 orang rakyat Malaysia yang menyertai 1 Malaysia World Endurance Ride 2013.

Di kesempatan ini, ahli Kebara Bikers dapat berkenalan dan beramah mesra dengan para peserta serta dapat mencuci mata dengan 100 biji motosikal berkuasa tinggi yang mengiringi peserta tersebut. Dengan deruman daripada motosikal ini cukup mengamatkan serta memenuhi kawasan hadapan Bangunan Bank Rakyat.

Disini disertakan sedikit maklumat berkenaan projek 1 Malaysia World Endurance Ride 2013. Pasukan ini dianggotai oleh Datuk Zamri Mohamed, 49, Rosmadi Saad, 44, merupakan seorang guru, Mohd Ariffin Idris, 53, seorang anggota polis, Datuk Mohd Azhari Jemaon,39, & Mohd Faizal Sukaree, 36, bekerja sendiri.

Pasukan ini akan mengelilingi dunia dengan jarak 50,000km di 50 buah Negara, termasuk amerika Utara dalam tempoh enam bulan. Pasukan ini dijangka mencipta rekod dunia yang baru dalam menelilingi dunia dengan menaiki motosikal. Para peserta menggunakan motosikal dari jenama BMW.



 Peserta bergambar bersama Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabarudin Chik
 

 Deretan Motosikal berkuasa tinggi yang mengiringi perlepasan para peserta 1Malaysia Endurance Ride 2013 di hadapan Bangunan Ibupejabat Bank Rakyat merupakan penaja Utama projek ini
 
Presiden Kebara Bikers bergambar kenangan bersama jentera yang menyertai 1MER 2013

Ustaz Zaki bergaya bersama Vulcan 1500. Tapi kuda dia Vulcan 500. Mana pergi lagi 1000c.hehhehe

Bro faizal (Z800) bergaya bersama salah sebuah jentera dua roda BMW

Angah (Setiausaha) sempat mencuba ahli club Lady Bikers, Fauziah Latif (Gee) adoiiiii hampassss

No comments:

Post a Comment