Sunday 18 August 2013

KEBARA BIKERS DIAWAL PENUBUHAN

Assalamualaikum..

Kebara Bikers ditubuhkan untuk wargakerja Bank Rakyat dan ahli Kebara yang memiliki jentera dua roda bergiat aktif dengan asset yang dimiliki oleh mereka. Idea ini dicetuskan oleh rakan kita Sdr. Zulkifli Juri (Bro Zul). Pada perjumpaan TTS untuk membincangkan penubuhan Kebara Bikers ini telah dihadiri seramai 4 org iaitu Bro zul, Angah (Setiausaha), Faizal Cawangan Utama dan Izhar (Jebat) di chese nan power.
 Bro Zul
 
Bro Angah, Bro Faizal Caw. Utama & Bro Izhar
 
 
Semangat penubuhan Kebara Bikers ini tidak berakhir di situ sahaja. Perbincangan demi perbincangan telah diadakan untuk meriallisasikan tujuan murni beberapa warga kerja tersebut terutama dilembah Klang. Disokong pula oleh beberapa orang bikers yang terdiri dari wargakerja di Cawangan-cawangan Wilayah Utara, Selatan dan Timur.
 
TTS yang kedua telah diadakan di Putrajaya. TTS yang kali kedua ini telah dihadiri oleh Ustaz Zaki Al-Haj (Presiden), Bro Zul, Angah (Setiausaha), Bro Cengkoi dan Bro Izhar (Jebat). Perbincangan ini boleh dianggap serius kerana masing-masing terus bersemangat untuk penubuhan Kebara Bikers ini menjadi Kenyataan.
Presiden & Setiausaha Kebara Bikers



Dari kanan Angah (Setiausaha), Bro Zul, Bro Cengkoi & Izhar
 
Dengan semangat yang tinggi, TTS demi TTS telah diadakan untuk memberikan semangat yang berkoba-kobar. Bertempat di Mamak Pelita KLCC, 6 orang bikers telah hadir untuk memberikan sokongan kepada Kelab yang akan dipimpin  oleh Ustaz Zaki Al-Haj ini untuk terus kehadapan.
 

 Dari kanan Bro Iman (Risk), Izhar & Bro Khairil (Pusat Data)
 
Alhamdulillah, akhirnya dengan izin-Nya, maka Kebara Bikers telah tertubuh  dibawah payung Kelab Sukan dan Kebajikan Bank Rakyat (KEBARA). Kebara Bikers telah dinaungi oleh En Rosman.
 

 



1 comment:

  1. Harrah's Resort SoCal Casino - MapYRO
    777 Harrah's Rincon Way Rincon Way. Funner, CA 94095. Directions · (530) 851-3100. 창원 출장샵 Call 제주도 출장안마 Now · More Info. Hours, Accepts Credit 전주 출장샵 Cards, Wi-Fi, 서울특별 출장안마 Parking, 평택 출장샵

    ReplyDelete