Monday 19 August 2013

Projek Pertama KEBARA BIKERS: Konvoi Amal Ramadhan Bank Rakyat 2013

Alhamdulillah, setelah bertungkus lumus AJK Kebara Bikers berjaya meyakinkan pengurusan Bank Rakyat untuk menyertai projek amal ini. Pada 3hb Ogos 2013 yang lalu, dengan kekuatan ahli Kebara Bikers seramai 30 serta 10 bikers dari pihak media termasuk mashal orang telah ke  Rumah Kasih Harmoni, Lot 46, Kg Paya Jaras Dalam, Sungai Buloh, Selangor.

Ini merupakan program pertama Kebara Bikers semenjak penubuhannya. Dengan semangat yang berkobar-kobar disamping melakukan ibadah di bulan Ramadhan ini, maka peserta telah berkumpul di Bangunan Bank Rakyat seawal jam 1.30 ptg. Berbagai jenis jentera dua roda telah berkumpul tanpa mengira cc dari sekecil 150cc sehingga 1000 cc keatas.

Konvoi CSR ini telah diketuai oleh Pengurus Besar kanan, Perkhidmatan Korporat Bank Rakyat, En. Rosman Mohamed yang menunggang motosikal Harley Davidson dan diiringi oleh Presiden Kebara Bikers Ustaz Zaki Al-Haj.

Setelah taklimat diberikan oleh Pegawai polis trafik, maka peserta konvoi telah dilepaskan oleh Ketua Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, En Saliman Zainal dan Presiden Kebara, En. Shahrudin tepat pukul 3.00 petang.

Dengan disiplin yang tinggi dikalangan para peserta disamping kawalan yang baik daripada 3 orang pegawai polis yang bertugas disamping bantuan marshal yang diimport khas maka perjalanan tersebut telah sampai ke lokasi dengan selamatnya tanpa sebarangan perkara yang tidak diingini berlaku.

Kedatangan kami telah disambut oleh penghuni rumah tersebut dengan paluan kompang tepat jam 4 ptg. Para peserta telah diberi peluang untuk beramah mesra bersama penghuni rumah Harmoni tersebut dari usia sekecil 3 tahun sehingga berusia 17 tahun. Para peserta telah bergotong-royong membersihkan kawan Rumah Harmoni tersebut walaupun kawasan tersebut memang dah bersih. Selepas itu para peserta telah dihidangkan dengan persembahan Nasyid oleh penghuni lelaki.

Selepas itu para penghuni telah diberi peluang untuk membonceng motosikal bersama para peserta. Dengan kegembiraan yang terpancar di wajah adik2 di Rumah Harmoni ini telah membuatkan para peserta berasa puas dengan aktiviti pertama kali disertai ini.

Tepat jam 7.28 petang maka En. Rosman dan para peserta bersama penghuni Rumah Kasih Harmoni telah berbuka puasa. Sekali lagi kegembiraan terpancar diwajah kanak2 tersebut bila kami bersama-sama berbuka puasa seterusnya berjemaah solat magrib.

Pasukan konvoi bersurai pada jam 9.45 mlm setelah selesai solat sunat terawih. Kami bersyukur kepada Allah kerana dengan izin-Nya kami akhirnya berjaya melaksanakan satu ibadah amal jariah disamping dapat memupuk silaturahim dikalangan peserta yang bertugas di Ibupejabat dan cawangan-cawangan Lembah Klang.

Semoga lebih banyak lagi program-program yang bakal dianjurkan oleh pengurusan Kebara Bikers pada akan datang.  Wasalam
Keratan akhbar Berita Harian

Semngat Bro Nizar



Ustaz Presiden bersama Bro Yusof Audit

Hulubalang Sekatarakyat Bro Roney bersama kuda Kawasaki Versysnya




Ketibaan para peserta disambut oleh adik2 dri Rumah Kasih Harmoni
















No comments:

Post a Comment