Sunday 15 September 2013

KEBARA BIKERS SERANG PD INTERNATIONAL BIKE FEST 2013

 
 
Di Amerika Syarikat, Miami International Bike Fest cukup terkenal dengan perhimpunan bikers-bikers dari seluruh ceruk negaranya. Manakala di Malaysia pula kita ada Port Dickson International Bike Fest 2013 yang diadakan di Eagel Reach Ressort, Port Dikson. PD Bike Fest merupakan anjuran resort tersebut dengan kerjasama Tourism Malaysia, Kementerian Pelancongan, Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan serta Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) juga tidak kurang hebat sambutannya ketika diadakan pada 6 sehingga 8 September lalu. PD Bike Fest yang telah memasuki edisi ke 11 ini mempunyai tarikan dan keunikannya yang tersendiri. Keunikannya ini mampu menarik hampir 6000 bikers dari seluruh negara untuk melibatkan diri dengan acara ini. PD Bike Fest ini juga mempunyai  auranya  tersendiri dalam kalangan penggemar dan pemilik motosikal berkuasa tinggi tempatan dan asing.
 
KEBARA Bikers juga tidak ingin ketinggalan menyertai program motosikal terbesar ini. Menurut rekod, PD Bike Fest ini telah disenaraikan sebagai acara perhimpunan motosikal terbesar oleh Malaysia Books of Records dan turut disenaraikan dalam kalendar tahunan Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan.
 
Program konvoi ke perkampungan ala cowboy, Eagle Reach Resort telah diketuai oleh Bro Zaidi @ cengkoi. Seramai 10 orang ahli KEBARA Bikers telah memberikan persetujuan awal untuk menyertai konvoi tersebut serta 4 orang ahli KEBARA Bikers zone selatan yang akan dipimpin oleh Bro Saiful dari Cawangan Melaka. KEBARA Bikers telah merangka konvoi berkonsepkan One Day Ride pada 7hb September 2013.
 
Bro Cengkoi yang merupakan timbalan presiden KEBARA Bikers telah memanggil para peserta untuk memberikan taklimat perjalanan dan atucara sehari sebelum bertolak ke Port Dickson. Taklimat penuh perjalanan akan melancarkan pergerakan konvoi serta dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Bro Cengkoi yang kaya dengan pengalaman menyertai konvoi di dalam sehingga keluar negeri dapat memberi tunjuk ajar serta mengkongsikan pengalaman beliau  dalam memimpin konvoi KEBARA Bikers. Bro Cengkoi tidak berseorangan apabila beliau dibantu oleh Bro Nizar yang bertindak sebagai sweeper, juga berpengalaman menyertai konvoi-konvoi yang besar sehingga ke Negara Thailand.
 
Hari yang ditunggu telah pun tiba. Pada 7hb September 2013, bikers yang ingin menyertai konvoi tersebut telah mula berkumpul seawal jam 8.30 pagi. Selain Bro Cengkoi dan Bro Nizar, konvoi ini disertai oleh Ustaz Zaki merupakan presiden KEBARA Bikers yang mengesahkan kehadiran  pada minit-minit terakhir. Selain itu, konvoi ini telah disertai oleh Bro Khairil (IT), Bro Razmi (Jab. Perjawatan), Bro Nasir (Jab. Pentadbiran) serta ahli baru KEBARA Bikers iaitu Bro Zul dari jabatan pentadbiran. Manakala Bro Borhan dari Cawangan Port Klang akan menunggu konvoi di RnR Seremban. Pada saat akhir, 2 orang bikers tidak dapat menyertai konvoi tersebut disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan.
 
Perjalanan konvoi bermula pada pukul 9.30 pagi daripada Ibupejabat Bank Rakyat. Perjalanan telah sampai di RnR Seremban pada jam 10.30 pagi dan Bro Borhan telah bergabung dengan konvoi utama. Setelah mengisi minyak untuk kuda besi masing-masing, perjalanan konvoi telah diteruskan untuk menuju ke Eagel Reach Resort, Port Dickson. Peserta konvoi telah sampai ke destinasi pada jam 12.00 tengah hari.
 
Sampai sahaja di kawasan tapak karnival pada pukul 12 tengah hari, urusan pendaftaran telah diuruskan oleh Bro Cengkoi sebelum ke padang berhampiran untuk melihat kepelbagaian motosikal yang siap direka kemas dan bergaya. Pasukan konvoi KEBARA Bikers dari zone Selatan telah pun sampai dan mereka juga telah bergabung dengan peserta dari Ibupejabat.
 
Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti pertandingan menunggang motosikal perlahan, gerai pameran dan jualan memeriahkan lagi acara tersebut. Istimewanya, bunyi deruman motosikal berkuasa tinggi yang mencuri perhatian semua pengunjung. Idea pengubahsuaian mengikut cita rasa kesenian serta kreativiti membuatkan pengunjung lebih teruja. KEBARA Bikers juga tidak ketinggalan menghantar wakilnya apabila  "Custom Chooper" milik Bro Saiful telah mendaftarkan diri untuk menyertai pertandingan yang diadakan. Kalah menang bukan ukuran yang penting semangat serta silaturahim itu yang menjadi keutamaan dikalangan bikers.

Peluang mengunjungi perkampungan ala cowboy di Eagle Ranch Resort membuktikan bahawa Negeri Sembilan tidak kurang hebatnya dengan kepelbagaian produk-produk pelancongan yang boleh dijadikan ikon negara.
Pasukan KEBARA Bikers menikmati makan tengah hari di Restoren Pak Saleh di Batu 4 Seri Rusa. Selepas itu, pasukan konvoi ke Masjid Bagan Pinang untuk menunaikan solat zohor disamping dapat beristirehat.

Dalam keseronokan itu, Bro Nasir terpaksa pulang awal setelah menerima SMS daripada isteri beliau dan memaklumkan bahawa anaknya mengalami demam panas. Alhamdulillah anak beliau telah kembali pulih seperti sediakala.
 
Selepas solat Asar, pasukan konvoi telah bergerak ke pasar malam Batu 4 apabila Bro Johanisputra yang merupakan salah seorang ahli KEBARA Bikers telah membuka gerai apam balik. Para peserta konvoi telah di taja dengan apam balik oleh bro Johanisputra. TQVM bro atas tajaan tersebut. heheheh.
 
Presiden KEBARA Bikers, Ustaz Zaki, Bro Bob Port Klang bersama Bro Zul memohon diri untuk balik ke Kuala Lumpur kerana ada urusan. Konvoi telah terpisah.  Tepat jam 6.00 petang, ahli KEBARA Bikers yang tinggal telah bergerak semula ke Eagle Reach Resort.
 
Acara sebenar PD Bike Fest bermula pada waktu malam. Boleh dikatakan waktu itu merupakan kemuncak buat semua bikers berkenalan dengan rakan baharu.Kemeriahan itu lebih memuncak ketika pengunjung dihiburkan dengan persembahan bertenaga daripada artis tempatan dan celoteh nakal daripada Chef Lan dan Tasha Rider Kayangan. Seterusnya penyampaian sijil penyertaan dari pada pihak penganjur.
 
Tepat jam 11.30, konvoi KEBARA Bikers telah bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah semua para perserta selamat sampai ke destinasi masing-masing. Rata-rata para peserta konvoi KEBARA Bikers menyatakan kepuasan yang tak terhingga di PD International Bike Fest 2013. Ribuan terima kasih kepada semua penaja Konvoi KEBARA Bikers ke PD International Bike Fest 2013. Terima kasih juga kepada Bro Cengkoi dan Bro Nizar kerana Berjaya menjalankan tugas dengan cemerlang memastikan keselamatan para peserta konvoi. Jutaan terima kasih juga kepada para peserta konvoi termasuk KEBARA Bikers Zone Selatan dibawah pimpinan Bro Saiful kerana berjaya membawa nama KEBARA BIKERS di arena permotoran negara kita. Moga dengan kehadiran KEBARA BIKERS ini akan membuka lembaran baru di kalangan warga kerja Bank Rakyat. Tahniah Semua...(SILA KE PHOTO GALERI UNTUK LAIN-LAIN PIC) - Jebat Blader




No comments:

Post a Comment