Tuesday 3 September 2013

Symphony Evo 250i

 
 
Setelah lebih tiga tahun model Sym Evo berada di pasaran bermula 2010, Mforce Bike Holding Sdn Bhd memperkenalkan model baru Evo 250i, sesuai dengan trend rekaan dan citarasa masakini.

Rasanya memang tepat keputusan Mforce memperkenalkan model baru ini selang beberapa bulan selepas model berkenaan dilancarkan di Taiwan lebih-lebih lagi model Evo sedia ada sudah mula menunjukkan bentuk rekaan yang 'dimamah' usia dan juga wujudnya model-model lain yang sekelas dengannya di pasaran tempatan sebagai contoh Kymco 200i.
 
Rekabentuk, komponen meter dan Ketrampilan
Tidak keterlaluan jika dinyatakan bahawa reka bentuk model 2013 ini sememangnya selari dengan peredaran dunia pemotoran yang semakin hanga danaktif dengan pelbagai pengeluar serta pengedar bersaing memperkenalkan model baru untuk bersaing dalam pasaran.
 
Daya tarikan EVO baru ini datangnya dari lampu-lampu utama yang diposisikan dengan tepat dan menarik. Bukan satu tetapi enam bua lampu suluhan hadapan yang terdiri daripada dua lampu utama bersaiz besar, dua barisan lampu LED dan dua buah lampu kabus. Dengan gabungan ini, EVO bukan sahaja memberikan suluhan sempurna diwaktu malam tetapi ia juga menjadikan kita mudah dilihat walaupun di waktu siang. Lampu utama ini juga dilegkapi dengan sensor automatic yang berfungsi dengan menghidupkan lampu apabila hari semakin gelap. Sensor yang dimaksudkan diletakan di bawah cermin penghadang udara.
 
 

 Rekabentuk lampu, coverset dan paparan pemuka meter jelas sekali mengikut trend dan gaya rekaan diilhamkan dari model Maxsym 400i.  Berbanding dengan sistem lampu hadapan, sebelah untuk lampu utama dan sebelah lagi lampu tinggi, model baru yang diperkenalkan menggunakan sistem lampu sama seperti Maxsym 400i.
 
Bagaimanapun, Evo 2013 menggunakan sistem konvesional penyalaan lampu berkembar dengan sistem lampu dual filament berbanding Maxsym yang menggunakan sistem projector light dengan Hi-Lo shutter mekanikal single filament.

Bahagian atas lampu berkenaan SYM mengekalkan ciri yang sinonim dengan ketrampilan EVO iaitu lampu LED day running light. 
 
 
 
Selain daripada itu, model 2013 ini  juga dilengkapkan dengan lampu Fog Light di kiri kanan cover set. Lampu repetitor atau signal light pula adalah jenis LED yang digabungkan sekali di bahagian cermin sisi tepi.

 

 Bahagian belakang pula, rekaan lampu night light dan juga signal telah dirombak sepenuhnya menggunakan LED dan tampak lebih kemas, sporty serta mengikut trend semasa.
 
 
Pemasangan dan Kualiti Material.
Apa yang menarik perhatian  adalah kualiti material plastik inner coverset, handle garnish cover dan body coverset. Tampak kualitinya bebeapa takuk lebih bermutu daripada model Evo lama, malah kualiti pemasangan pun mengatasi Maxsym 400i dengan langsung tidak kelihatan sebarang kecacatan 'gap' antara sambungan komponen coverset
Rekaan exhaustnya juga tampak lebih menark walaupun ada bahagian yang direka dan pasang sedemikian rupa hanya lebih bersifat kepada kosmetik untuk mentrampilkan rekaan sporty model baru ini.
Komponen Mekanikal dan teknikal
Papan pemuka meter juga dirombak dengan dua paparan meter utama berbentuk bulat di bahagian tengah serta dua meter bagi suhu enjin dan meter petrol berbentuk bulat kecil di kiri dan kanan. Penggunaan meter LCD multi info pula dikekalkan berkedudukan antara dua meter utama.
 
 

Bagaimanapun, pihak Mforce masih mengekalkan calibration meter 'ringan' dimana paparan grafik kelajuan maksimum adalah pada 200kmh berbanding 180kmh yang terdapat pada model yang sama di luar negara.

Model baru ini masih menggunakan enjin Evo tetapi mungkin berlaku perubahan pada mapping sistem ECU model baru ini. 
 

 Sementara itu. model ini masih mengekalkan saiz rim 14" di hadapan dan 13" di belakang, namun saiz tayar telah diubah kepada 120/70/14 (depan) dan 140/60/13 belakang. Cakera brek juga lebih besar dan model ini masih mengekalkan sistem combine brake seperti model lama.
 
Disampng mengekalkan 12V DC oultet, model ini juga dilengkapi dengan sistem USB yang berguna jika anda mahu mengecas telefon pnta, memasang MP3 ataupun menggunakan GPS.
 

 Bahagian simpanan bawah seat juga lebih besar daripada model lama dengan keluasan 45L dan tiada bonggol di baagian depan compartment itu seperti terdapat di model lama.


 

Penunggangan dan Handling.

 Mungkin SYM Taiwan telah mengubah setting dan mapping ECU untuk memberikan hasil prestasi pecutan yang linear dan terasa torque yang lebih baik berbanding Evo lama di tahap kadar bermula 4,000 RPM hingga 7,000 RPM.

Walaupun, pada permulaan daya pecutannya, dapat dirasakan model lama lebih 'ringan' namun penunggang akan menghargai peningkatan midrange power band yang sememannya penting dan berguna sebagai contoh untk memotong dengan selamat dan mendaki bukit tanpa terasa kehilangan kuasa.

Boleh dikatakan, daya cengkaman brake model baru ini setanding dengan maxsym 400i dan lebih baik daripada model sebelumnya. Yang pastinya penunggang akan berkeyakinan membrek pada kelajuan tinggi memandangkan berat bersih Evo 250i 2013 ini adalah 190Kg.
 
Handling dan juga kestabilan garisan lurus adalah bagus dan sistem absorber baru belakang yang lebih panjang daripada model lama meningkatkan keupayaan serta pengawalan skuter berkenaan. namun cengkaman brake yang terlalu sensitf dan beharap baagian teknikal di mforce dapat memperbetulkannya dengan membuat sedikit adjustment.


Kesimpulan, Harga dan pilihan Warna


Bagi mereka yang sedang menimbang untuk upgrade samada pemilik sedia ada model Evo lama atapun model VTS, rasanya tidak keterlaluan dikatakan model ini sememangnya boleh diketengahkan.

Antara rasional adalah dari sudut pemerhatian kualiti material dan kualiti pemasangan disamping kelengkapan peralatan yang moden.

Bagaimanapun yang paling penting ialah komponen enjinnya yang dikekalkan, bermakna sememangnya sudah terbukti lasak dan juga boleh diyakini.
Penggunaan petrol adalah sekitar 300-390km bergantungan kepada corak penunggangan.

Harga yang ditetapkan adalah RM17,750 tanpa insuran bagi model biasa dan RM18.250 bagi model pearl white 'special edition'.

Tiga warna disediakan untuk pilihan bakal pemilik Evo baru ini, iaitu, Grey, Black dan Pearl White.
 
 
 
 


 Sumber : Sym Malaysia, maxsym riders Malaysia, Majalah Roda-roda

No comments:

Post a Comment