Saturday 1 March 2014

DAHULU L (B FULL)...SEKARANG B FULL

Ketika dizaman muda remaja dahulu, sedikit pun tidak pernah terlintas di fikiran untuk memiliki motosikal berkuasa tinggi. Apatah lagi nak ambil lesen B full. Dalam kotak fikiran tak mungkin aku akan memiliki motosikal berkuasa tinggi. Memandangkan harga motosikal berkuasa tinggi ketika itu menyamai harga sebiji kereta baru yg lebih bergaya. Paling besarpun hanya setakat 250cc sahaja. Kalau 250cc kebawah memadailah setakat B2 sahaja. Lagipun kos untuk mengambil ujian lesen motosikal B2 murah berbanding B full ketika itu.
 
Ahli Kebara bikers yang mengikuti program jom uprage B full bersama
 
 
Tetapi sekarang, motosikal berkuasa tinggi  boleh dimiliki dengan harga yang berpatutan. Berbagai-bagai jenama banyak berlegar dijalan-raya. Tetapi disebabkan tiada lesen B full, maka penunggangnya terpaksa la menggunakan lesen L (B full).  Lesen L je bro...naik seorang jela... Sian orang rumah takleh nak bonceng. Kalau kene tahan dengan abang JPJ atau Polis hah menjawab kalau naik berdua. Harga untuk memiliki lesen B Full tidaklah semahal 20 tahun dahulu. Sekitar RM 500 ke RM 650 je. Namun disebabkan kesibukan bekerja menyebabkan masing-masing tidak sempat untuk mengambil ujian lesen B full.
 

 
KEBARA BIKERS terus memberikan kemudahan yang terbaik kepada ahlinya. Dengan kerjasama Institut Memandu Kuala Lumpur (IMKL), ahli KEBARA BIKERS telah diberi harga yang istimewa untuk mendapatkan lesen B Full. Hanya RM 360.00 sahaja. Aapaa RM 360.00 sahaja... Murahnyaaa....Maka dengan itu KEBARA BIKERS telah menganjurkan program B full ver 1.0. Untuk kumpulan pertama, seramai 20 orang ahli KEBARA BIKERS telah mendaftarkan diri untuk mengikuti program tersebut.
 
Eh bro zul pun baru nak ambik lessen Bfull??? abis camana boley naik berdua ke Perak Bike Wekk 2013 dulu..hurm muskill
 
Eh macam tuan setiausaha Kebara Bikers je??
La tuan setiausaha baru nak ambik b full
 
Alhamdulillah, kumpulan pertama telah berjaya memiliki lesen B full dengan cemerlang. Terima kasih kepada abang-abang tester JPJ.  Kesemua peserta yang telah mengikuti program ini rata-rata amat berpuas hati dengan layanan yang diberikan terutama sekali Puan Maryam dan semua tenaga pengajar  IMKL yang terlibat dalam program ini. Mereka yang sebelum ini menggunakan lesen L, memiliki kenyakinan tinggi apabila menunggang kuda besi berkuasa tinggi  masing2 apabila memiliki lesen B full yang sah. Isteri yang mebonceng pun tersenyum riang dibelakang mengikut sisuami ride. Insya Allah, program B full KEBARA BIKERS ver 2.0 akan menyusul. Semoga Allah mempermudahkan dan memberkati usaha ini untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk ahli KEBARA BIKERS... INSYA ALLAH - Jebat blader
 
Ahli Kebara Bikers ketika menjalani ujian meniti titi
 
Ketua Biro Aktiviti Abuya pun baru nak ambil Lesen B Full?? Hurm pisang berbuah dua kali nampaknya abuya..hahahhahahahha (hanya dia yang mengerti)
 
wajah riak tuan setiausaha ketika lulus Ujian B Full.. tahniah setiausaha..
 
 
 

14 comments:

  1. Assalamualaikum Bang. Bila akan bermula 2.0 punya Bang? Saya berminat ni. Jika ada roger yerrr 0172326695 ni number Saya.
    Nama Saya Muhammad Izzamir. Saya belajar di KPTM Kuala Lumpur je Bang :)

    ReplyDelete
  2. Saya minat nk join kelab dan ambil lesen B full ni. Lesen motor B2 mmg dah lama ada

    ReplyDelete
  3. salam bang.saya ikhwan dr port dickson berminat nk join group ini.tp masih belum de lesen b full.0132062406.jika ade roger saya bang.tq so much

    ReplyDelete
  4. salam bang..bila nk buat lg..kalo ade buat lg roger ye..
    loloq - 0175868724

    ReplyDelete
  5. Salam, Bang kalu 2.0 dah ada roger ye @ 0172609925

    ReplyDelete
  6. Salam, Bang kalu 2.0 dah ada roger ye @ 0172609925

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum. Saya berminat urgent tlg contact saya.Zulfazli 0167188786

    ReplyDelete
  8. Sy nak sangat buat lesen B full .tolong sy 011-36666164..

    ReplyDelete
  9. Program B full ver 2 bila nak mula. Saya nak Sgt upgrade lesen B full..tlg PM saya 0176444320

    ReplyDelete
  10. Program B full ver 2 bila nak mula. Saya nak Sgt upgrade lesen B full..tlg PM saya 0176444320

    ReplyDelete
  11. PM saya 0193772910..sy nak join kelab dan lesen B full

    ReplyDelete
  12. PM saya 0193772910..sy nak join kelab dan lesen B full

    ReplyDelete
  13. Join klu ada lg..0193238185 fauzi

    ReplyDelete