Monday 14 July 2014

KEBARA BIikers DIRASMIKAN SECARA SAH DALAM MAJLIS GILANG GEMILANG

Alhamdulillah, syukur kepada Allah akhirnya KEBARA Bikers telah dirasmikan. Barisan AJK yang diketuai oleh Presiden, Ustaz Zaki dan dibawah penaung En Zulfakrozi  yang bertungkus lumus untuk meralisasikan majlis ini akhirnya berjaya dirasmikan. 

KEBARA Bikers merupakan salah satu cabang aktiviti mnggunakan motosikal sebagai medium utama yang ditubuhkan oleh kakitangan Bank Rakyat yang memiliki motosikal berkuasa besar. Kelab bermotosikal yang bernaung dibawah KEBARA ini telah di tubuhkan pada 1 Julai 2013. Namun pada 11 April 2014, Pengarah Urusan Bank Rakyat Datuk Haji Mustaffa Abd Razak telah merasmikan penubuhan KEBARA Bikers di Inspen, Bangi.

Seramai 36 orang bikers dari seluruh Malaysia telah hadir sama memeriahkan majlis bersejarah tersebut. Walaupun baru dirasmikan, namun KEBARA Bikers telah bergerak aktif melakukan pelbagai aktiviti bagi ahli-ahlinya. Di  awal penubuhan, Kebara Bikers telah menyertai aktiviti CSR bersama anak yatim di sungai buluh, menyertai aktiviti bike week tempatan, ride santai ke tempat-tempat perlancongan di Negara kita ini.

Dengan tertubuh secara rasminya KEBARA Bikers ini, maka besarlah harapan agar ramai lagi bikers-bikers di kalangan wargakerja Bank Rakyat berminat untuk menjadi ahli. Ini akan menyatupadukan serta merapatkan silaturahim dikalangan warga kerja Bank Rakyat...

Datuk Mustafa menerima sebiji helmet sebagai cenderamata daripada Presiden KEBARA Bikers
 
Sebahagian daripada 36 orang ahli yang bersemangat untuk turut serta dalam majlis perasmian ini

Bersedia sebelum dirasmikan
 
Sis Ummu & Sis Gee, Lady Biker KEBARA Bikers yang turut serta dalam majlis perasmian ini
 
LAGI PHOTO MENARIK DIRUANGAN GALERI PHOTO
 

Sunday 2 March 2014

RIDE KEBARA BIKERS CINTA BERSEMI KASIH TERPATRI DIHATI DISELERA RIMBA SUNGAI BESAR, SELANGOR

As salam semua,bertemu kita dalam celoteh kali ini. KEBARA Bikers bukan sahaja boleh merapatkan ukhuwah antara sesama ahli-ahli dan bikers2 yang ada diseantero dalam negara ataupun luar negara, namun tujuannya lebih dari itu. Siapa kata brother-brother motor ni hanya seorang yang Nampak ganas, tak romantik, tiada masa diluangkan untuk keluarga dan sebagainya? Sebenarnya aktiviti inilah yang akan menjadikan kita menjadi seorang yang lebih romantik, prihatin, lebih berdisplin, menjadi semakin bertanggungjawab dan sebagainya. Dalam dunia masa kini yang penuh kesibukan dengan kerja-kerja harian, mungkin masa kita untuk bersama anak dan isteri akan lebih menjadi terhad.

Namun itu semua bukan alasan, berbagai aktiviti kita boleh lakukan untuk terus menyuburkan ikatan kekeluargaan terutama bersama isteri yang tersayang. KEBARA bikers juga tidak ketinggalan membuktikan fakta tersebut adalah benar. KEBARA Bikers telah mengambil salah satu pendekatan untuk membuktikan kebenaran fakta ini. Pada 15 Feb 2014 yang lalu, satu ride santai telah dianjurkan oleh KEBARA BIKERS. Ride yang dikenali Cinta bersemi kasih terpatri dihati. Ride ini akan menuju ke destinasi utamanya iaitu Restoren Selera Rimba di Sungai Besar. Ride santai ini diberi nama sedemikian kerana, bikers yang menyertainya akan membawa pasangan isteri masing-masing. Mungkin selama ini hanya berdua sahaja tetapi kali ini bergerak secara kumpulan lebih menyeronokkan dari biasa bukan....

Untuk projek kali ini, hanya 8 biji motorsikal telah  mengesahkan untuk menyertai ride santai ini. Mungkin pada waktu dan ketika ini, ahli-ahli KEBARA Bikers yang lain tidak dapat menyertai ride ini disebabkan oleh komitmen yang telah dirancang terlebih dahulu. Begitu juga dengan Tuan Presiden KEBARA Bikers iaitu Ustaz Zaki. Pada tarikh yang sama Tuan Presiden telah diundang ke Marang, Terengganu untuk memberikan kuliah Agama di masjid Telaga. Tabik kepada tuan Presiden apabila beliau hanya ditemani isterinya sahaja untuk ke  Terengganu dengan  menaiki kuda besi dua roda kesayangan beliau. Tabik jugak kepada ustazah kerana sanggup menemani suami kesayangannya walau kepenatan. Tapi tuan presiden ni memang suka ride solo ehehheheheh

Projek ride ke Selera Rimba ini telah diketuai oleh Tuan penaung KEBARA BIKERS iaitu En Zulfakrozi, bro zulkefli juri, bro azhari ahmad, bro zul kental, bro borhan dari port klang dan 3 org lagi rakan dari banting. 
 
Bergambar kenangan sebelum memulakan perjalanan
 
Ibupejabat Jalan Tangsi telah dipilih sebagai RV projek ini. Tepat jam 8.00 pagi, En. Zulfakrozi bersama isteri telah siap sedia dengan BMWnya diikuti bro Zul dan isteri (Versys 650) serta bro Azahari serta isteri (Er6 650) untuk memulakan perjalanan. Konvoi ini akan bergabung dengan konvoi bro Zul Juri & isteri ikuti 4 motosikal yang lain ditempat yang telah dijanjikan.
 
 

Kelapan-lapan motosikal ini telah memulakan perjalanan untuk menuju ke pit stop yang pertama iaitu di Sungai Serdang untuk bersarapan pagi tepat jam 9.15 pagi. Dengan hidangan lontong yang menyelerakan, cukup untuk alas perut kesemua peserta konvoi pada pagi ini sebelum menikmati hidangan utama nanti.
 
Pit stop yang pertama untuk bersarapan pagi
 

Pasukan konvoi ini telah meneruskan perjalanan dengan pemanduan yang santai untuk  menikmati keindahan jdan suasana kawasan perkampungan untuk  menuju ke Sungai Besar.  Bukan mudah untuk kita menikmati suasana begitu di bandaraya Kuala Lumpur ini. Dapat sekali sekala perghhhhhhh hilang sebentar hiruk pikuk dan hingar bingar kesibukan kereta dan penghuni bandar kota metropolitan Kuala Lumpur ini.
 
 
Tempat yang dituju telah berada didepan mata. Restoren Selera Rimba.... hurm apa yang menarik sangat tentang restoren ni. Tapi kalau dengar nama restoren ini pun lain macam.. Selera Rimba...aduhhh makin senak rasa perut kepada yang tidak menyertai ride Cinta Bersemi Kasih terpatri dihati ini. Masakan tidak, hidangan yang terdapat di restoren ini ternyata perghhh sukar untuk diluahkan dengan kata-kata. Pernah makan rusa, pelanduk, kijang, ayam hutan or daging landak?? ok admin maksudkan daging haiwan liar yg betul2 ori, dari hutan punya... bukan haiwan yg dipelihara.. sekiranya mengidam haiwan liar yg pelik2 ni disinilah untuk mencari hidangan makanan autentik ini...restoran ni amat popular di kalangan bikers...

Menu utama di restoren Selera Rimba

Berbagai-bagai jenis hidangan terdapat disini antaranya Landak Masak Rendang dan juga Rusa Masak Kicap. Antara yang digemari pengunjung di sini ialah Ayam Hutan Goreng Berempah. Pasukan konvoi Kebara Bikers pada tengah hari ini telah menikmati Rusa Masak Kicap, Ikan baung masak lemak perghhhhhh...admin yang menulis berita ni pun terasa kecur air liur. Ayam kampong goreng berlada.. ditambah dengan ulam-ulaman..aduhhhhhh bestnyaaaa...Kesemua peserta konvoi termasuk para-para isteri masing masing tersenyum kepuasan kerana kekenyangan hehehheheh...
 
perghhhh sedappp tu
 
Para peserta konvoi memulakan perjalanan balik setelah selesai mengerjakan solat zohor di masjid berhampiran dan merehatkan badan. Dalam perjalanan pulang, pasukan ini sempat juga singgah di warung cendol bakar di Kuala Selangor. Ini merupakan perhentian terakhir sebelum kesemua peserta berpecah untuk pulang ke rumah masing-masing.
 
Layan cendol pak bakar plak di Kuala Selangor
 
Rata-rata para isteri peserta konvoi yang mengikuti program pada kali ini telah menunjukkan kepuasan dan keseronokan nmenyertai ride kali ini. Lepas ini abg tidak boley lagilah ride seorang diri kalau ayang tak ikut.... semoga bertemu lagi di lain catatan...Adios - Jebat Blader
 

Saturday 1 March 2014

DAHULU L (B FULL)...SEKARANG B FULL

Ketika dizaman muda remaja dahulu, sedikit pun tidak pernah terlintas di fikiran untuk memiliki motosikal berkuasa tinggi. Apatah lagi nak ambil lesen B full. Dalam kotak fikiran tak mungkin aku akan memiliki motosikal berkuasa tinggi. Memandangkan harga motosikal berkuasa tinggi ketika itu menyamai harga sebiji kereta baru yg lebih bergaya. Paling besarpun hanya setakat 250cc sahaja. Kalau 250cc kebawah memadailah setakat B2 sahaja. Lagipun kos untuk mengambil ujian lesen motosikal B2 murah berbanding B full ketika itu.
 
Ahli Kebara bikers yang mengikuti program jom uprage B full bersama
 
 
Tetapi sekarang, motosikal berkuasa tinggi  boleh dimiliki dengan harga yang berpatutan. Berbagai-bagai jenama banyak berlegar dijalan-raya. Tetapi disebabkan tiada lesen B full, maka penunggangnya terpaksa la menggunakan lesen L (B full).  Lesen L je bro...naik seorang jela... Sian orang rumah takleh nak bonceng. Kalau kene tahan dengan abang JPJ atau Polis hah menjawab kalau naik berdua. Harga untuk memiliki lesen B Full tidaklah semahal 20 tahun dahulu. Sekitar RM 500 ke RM 650 je. Namun disebabkan kesibukan bekerja menyebabkan masing-masing tidak sempat untuk mengambil ujian lesen B full.
 

 
KEBARA BIKERS terus memberikan kemudahan yang terbaik kepada ahlinya. Dengan kerjasama Institut Memandu Kuala Lumpur (IMKL), ahli KEBARA BIKERS telah diberi harga yang istimewa untuk mendapatkan lesen B Full. Hanya RM 360.00 sahaja. Aapaa RM 360.00 sahaja... Murahnyaaa....Maka dengan itu KEBARA BIKERS telah menganjurkan program B full ver 1.0. Untuk kumpulan pertama, seramai 20 orang ahli KEBARA BIKERS telah mendaftarkan diri untuk mengikuti program tersebut.
 
Eh bro zul pun baru nak ambik lessen Bfull??? abis camana boley naik berdua ke Perak Bike Wekk 2013 dulu..hurm muskill
 
Eh macam tuan setiausaha Kebara Bikers je??
La tuan setiausaha baru nak ambik b full
 
Alhamdulillah, kumpulan pertama telah berjaya memiliki lesen B full dengan cemerlang. Terima kasih kepada abang-abang tester JPJ.  Kesemua peserta yang telah mengikuti program ini rata-rata amat berpuas hati dengan layanan yang diberikan terutama sekali Puan Maryam dan semua tenaga pengajar  IMKL yang terlibat dalam program ini. Mereka yang sebelum ini menggunakan lesen L, memiliki kenyakinan tinggi apabila menunggang kuda besi berkuasa tinggi  masing2 apabila memiliki lesen B full yang sah. Isteri yang mebonceng pun tersenyum riang dibelakang mengikut sisuami ride. Insya Allah, program B full KEBARA BIKERS ver 2.0 akan menyusul. Semoga Allah mempermudahkan dan memberkati usaha ini untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk ahli KEBARA BIKERS... INSYA ALLAH - Jebat blader
 
Ahli Kebara Bikers ketika menjalani ujian meniti titi
 
Ketua Biro Aktiviti Abuya pun baru nak ambil Lesen B Full?? Hurm pisang berbuah dua kali nampaknya abuya..hahahhahahahha (hanya dia yang mengerti)
 
wajah riak tuan setiausaha ketika lulus Ujian B Full.. tahniah setiausaha..
 
 
 

Sunday 16 February 2014

KEBARA BIKERS BERAKSI DI TRESURE HUNT BANK RAKYAT-KEBARA 2014

Saban tahun, Bank Rakyat dan Kebara akan menganjurkan acara feveret untuk  kakitangan Bank Rakyat iaitu treasure hunt atau mencari harta karun. Kalau tiada acara ni rasa tidak lengkap untuk tahun itu.
 
Tapi pada tahun 2014 ini, sedikit kelainan telah dilakukan oleh AJK Kebara, apabila pasukan Kebara Bikers telah diarahkan untuk mengiringi perlepasan para peserta. Seramai 20 orang ahli Kebara Bikers telah memberikan persetujuan untuk terlibat dalam perlepasan tersebut. Termasuk juga Penaung & Presiden Kebara Bikers iaitu En Zulfakrozi dan Ustaz Zaki yang very-very da sporting. Seawal 7 pagi lagi, mereka telah berada dilokasi.
 
En Zulfakrozi berbual bersama Tuan Haji Saliman (VP Kanan Pemasaran & Komunikasi)
 
Dengan penglibatan pasukan Kebara Bikers ini, sedikit sebanyak telah membuka mata banyak  pihak terutama pihak pengurusan Bank Rakyat khususnya. Ahli-ahli Kebara Bikers yang juga very da sporting telah berjaya melaksanakan tugas yang diamanahkan.
 
Gimik menyerahkan Jalur Gemilang oleh Penaung Kebara Bikers kepada Pengarah Urusan Bank Rakyat iaitu Datuk Haji Mustapha dengan menaiki motosikal juga telah membuka lembaran baru Kebara Bikers untuk terus gemilang di masa hadapan.
 
 
Moga pihak Kebara dan juga Pihak Bank Rakyat sendiri akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada Kebara Bikers untuk terus mengharumkan nama Bank Rakyat di arena permotoran di Negara kita ini. Tahniah kepada ahli yang berkerja sama untuk terus menghidupkan Kebara Bikers....
 
En Nik Mohd Nasir Nik Rithaudden (Ketua Pegawai Perancangan & Strategi) turut bergambar bersama ahli Kebara Bikers.
 
LAGI GAMBAR DI RUANGAN PHOTO GALERI

CAMERON HIGHLAND LOKASI PERTAMA PENAUNG BARU RIDE BERSAMA KEBARA BIKERS

 
 
Cameron Highland, Pahang merupakan kawasan yang bersuhu sejuk selain Genting Highland di negara kita ini. Cameron Highland juga adalah salah sebuah kawasan perlancongan yang patut dilawati. Dengan udaranya yang nyaman, pandangan mata kita juga akan segar apabila dihidamgkan dengan permandangan yang penuh kehijauan daun-daun teh serta sayur-sayuran yang segar bugar. Pengunjung-pengunjung yang datang dari dalam dan luar negara akan terpesona dengan keharmonian dan kenyamanan apabila berada disana.
 
Cameron Highland juga sering kali menjadi lokasi pilihan bikers yang ingin menguji kehebatan kuda besi yang dimiliki masing-masing. Laluan ke Cameron Highland yang penuh dengan selekoh-selekoh yang mencabar dan amat digemari oleh bikers kental yang sukakan cabaran ketika beraksi bersama motosikalnya. Tidak ketinggalan juga ahli daripada Kebara Bikers. Cameron Highland merupakan destinasi pertama dalam 2014 ini untuk ditujui.
 
Pada 11 Januari 2014 yang lalu, seramai 6 orang bikers telah merancang untuk ke Cameron Highland. Konsep One Day Ride ke Cameron Highland ini telah  diketuai oleh penaung baru Kebara Bikers iaitu En. Zulfakrozi yang menunggang BMW 1200cc, Presiden Kebara Bikers Ustaz Zaki (BMW 650cc), Bro Zulkifli juri dari cawangan Nilai (Kawasaki Versys 650cc), Bro Zulkifli daripada ibupejabat (Kawasaki Versys 650), Bro Hamdan dari ibupejabat (Kawasaki Versys 650) dan Bro Bob dari ibupejabat (Kawasaki Ninja 250). Manakala Bro Arifin dari cawangan Banting (Kawasaki Vulcan) terpaksa menarik diri diatas kesihatan kuda besinya yang tidak begitu mengizinkan beliau turut serta dalam konvoi tersebut. Jangan bimbang bro nanti boley join ride ke tempat lain pula.
 
Kesedihan terpancar diwajah bro arifin, tapi apakan daya kuda besi dah tak terdaya nak ikut
 
Tepat jam 8.30 pagi bikers yang telah mengesahkan untuk turut serta dalam projek ini telah berkumpul di RnR Sungai Buluh dimana ia merupakan RV untuk peserta konvoi. Dua orang ahli Kebara Bikers iaitu Bro Faizal dan Bro Yusni daripada Cawangan Persint 15 juga turut serta untuk bersarapan disitu. Para bikers telah memulakan perjalanan ke Cameron Highland tepat jam 9 pagi untuk menuju ke perhentian kedua iaitu RnR Tapah. Bro Faizal dan Bro yusni telah berpisah dengan konvoi ke Cameron Highland apabila Bro Faizal n Bro Yusni untuk meneruskan perjalanan ke Utara.
 
 
Sarapan dulu ye bang... penaung En Zul dan geng2 yang akan turut serta
Kelihatan bro faizal turut serta sarapan di rnr Sungai Buloh.
 
Konvoi Kebara Bikers Berjaya sampai ke Cameron Highland tepat jam 12 tengah hari setelah melalui jalan yang penuh dengan selekoh. Dengan kenderaan yang banyak dari kedua-dua arah maka peserta konvoi harus memberikan sepenuh tumpuan pada jalanraya untuk mengelakan kejadian yang tidak diingini.
 
Antara halangan yang terpaksa dilalui oleh ahli konvoi. TNB tanam tiang maka jalan terpaksa ditutup...tapi member sempat posing lagi..
 
Ketika disana, para peserta konvoi terus menjelajah di segenap penjuru kawasan Cameron highland. Mereka juga sempat menghirup hidangan teh tarik yang segar dari ladang sambil menghirup udara yang nyaman. Perghhhhh kini ada kelazatan istimewa kelazatan teh sebenarr...teh boh
 
Perghh Penaung & Presiden tengah melayan the tarik segar dari ladang
 
Namun dalam keseronokan itu, telah dikejutkan dengan berita seorang bikers dari Andalas Club telah terlibat dengan satu kemalangan. Mangsa yang menunggang Yamaha R1  meninggal dunia apabila bertembung dengan sebuah treler di Simpang Pulai, salah satu jalan untuk ke Cameron Highland.
 
Dalam perjalanan balik, peserta konvoi sempat lagi menjamu selera mi rebus di Tapah.Akhirnya tepat jam 7 petang, peserta konvoi One Day Ride Kebara Bikers ke Cameron Highland telah berjaya dengan selamatnya. Para peserta telah selamat sampai ke rumah masing-masing. Kepuasan jelas  terpancar diwajah para peserta konvoi walaupun masing-masing kepenatan. Tahniah kepada semua terutama Penaung Kebara Bikers yang pertama kali ride bersama. Semoga kita jumpa lagi dalam coretan yang lain... adios
 
kepuasan yang terpancar diwajah masing2..tapi muka presiden je tak tau puas ke tidak sebab dia kene ambik pic ni.hehehhe

ANDA BOLEH SAKSIKAN BANYAK LAGI PHOTO MENARIK DI DALAM RUANGAN PHOTO GALERI

Wednesday 12 February 2014

TERIMA KASIH EN ROSMAN MOHAMED SELAMAT DATANG EN ZULFAKROZI SEBAGAI PENAUNG BARU KEBARA BIKERS

Assalamualaikum, admin rasa sudah lama tidak berceloteh di blog KEBARA Bikers ini. Ini disebabkan kekangan tugasan harian yang menyebabkan admin tak sempat menjenguk blog KEBARA Bikers ini. Namun sepanjang itu jugalah berbagai peristiwa pahit manis , sedih gembira suka duka yang berlaku di dalam dan juga di luar Negara kita ini. Tidak ketinggalan juga yang berlaku di KEBARA Bikers, tapi lebih banyak peristiwa manisnya sahaja.
 
Menjelang tahun 2014, Penaung KEBARA Bikers yang pertama iaitu En. Rosman Mohamed telah menamatkan perkhidmatan di Bank Rakyat. Secara tidak lansung, En Rosman juga tidak lagi menjadi Penaung Kebara Bikers. Terima kasih diucapkan kepada Mantan Penaung Kebara Bikers diatas sumbangan beliau sepanjang penglibatannya bersama Kebara Bikers.
 
Namun, kesedihan itu tidak boleh dibiarkan. Patah tumbuh hilang berganti. Ahli-ahli telah sebulat suara bersatu hati demi kebaikan Kebara Bikers. Maka En Zulfakrozi Mohamad Naib Presiden (VP) Keanggotaan telah bersetuju dilantik menjadi penaung Kebara Bikers yang baru.
 
Maka bermula 2014, KEBARA BIKERS akan terus mengganas dibawah naungan En Zulfakrozi di ketuai oleh presiden Ustaz Zaki Al-haj (penaung & presdien ni geng BMW tu). Oleh yang demikian, dengan karisma yang kepimpinan yang jitu ini akan membawa kegemilangan dan kecemerlangan KEBARA Bikers sekaligus mengharumkan nama organisasi kita BANK RAKYAT....adios

En zulfakrozi & Bro Zul juri bersantai di Putrajaya

 
Admin bergambar bersama Penaung Kebara Bikers
 
 
 
 TTS ramah mesra membincangkan hala tuju Kebara Bikers bersama Penaung Baru.
 

En Zul Bergambar bersama Tuan Haji Saliman diiringi Bro Iman dan Bro Zul
 

Sunday 15 September 2013

KEBARA BIKERS SERANG PD INTERNATIONAL BIKE FEST 2013

 
 
Di Amerika Syarikat, Miami International Bike Fest cukup terkenal dengan perhimpunan bikers-bikers dari seluruh ceruk negaranya. Manakala di Malaysia pula kita ada Port Dickson International Bike Fest 2013 yang diadakan di Eagel Reach Ressort, Port Dikson. PD Bike Fest merupakan anjuran resort tersebut dengan kerjasama Tourism Malaysia, Kementerian Pelancongan, Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan serta Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) juga tidak kurang hebat sambutannya ketika diadakan pada 6 sehingga 8 September lalu. PD Bike Fest yang telah memasuki edisi ke 11 ini mempunyai tarikan dan keunikannya yang tersendiri. Keunikannya ini mampu menarik hampir 6000 bikers dari seluruh negara untuk melibatkan diri dengan acara ini. PD Bike Fest ini juga mempunyai  auranya  tersendiri dalam kalangan penggemar dan pemilik motosikal berkuasa tinggi tempatan dan asing.
 
KEBARA Bikers juga tidak ingin ketinggalan menyertai program motosikal terbesar ini. Menurut rekod, PD Bike Fest ini telah disenaraikan sebagai acara perhimpunan motosikal terbesar oleh Malaysia Books of Records dan turut disenaraikan dalam kalendar tahunan Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan.
 
Program konvoi ke perkampungan ala cowboy, Eagle Reach Resort telah diketuai oleh Bro Zaidi @ cengkoi. Seramai 10 orang ahli KEBARA Bikers telah memberikan persetujuan awal untuk menyertai konvoi tersebut serta 4 orang ahli KEBARA Bikers zone selatan yang akan dipimpin oleh Bro Saiful dari Cawangan Melaka. KEBARA Bikers telah merangka konvoi berkonsepkan One Day Ride pada 7hb September 2013.
 
Bro Cengkoi yang merupakan timbalan presiden KEBARA Bikers telah memanggil para peserta untuk memberikan taklimat perjalanan dan atucara sehari sebelum bertolak ke Port Dickson. Taklimat penuh perjalanan akan melancarkan pergerakan konvoi serta dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Bro Cengkoi yang kaya dengan pengalaman menyertai konvoi di dalam sehingga keluar negeri dapat memberi tunjuk ajar serta mengkongsikan pengalaman beliau  dalam memimpin konvoi KEBARA Bikers. Bro Cengkoi tidak berseorangan apabila beliau dibantu oleh Bro Nizar yang bertindak sebagai sweeper, juga berpengalaman menyertai konvoi-konvoi yang besar sehingga ke Negara Thailand.
 
Hari yang ditunggu telah pun tiba. Pada 7hb September 2013, bikers yang ingin menyertai konvoi tersebut telah mula berkumpul seawal jam 8.30 pagi. Selain Bro Cengkoi dan Bro Nizar, konvoi ini disertai oleh Ustaz Zaki merupakan presiden KEBARA Bikers yang mengesahkan kehadiran  pada minit-minit terakhir. Selain itu, konvoi ini telah disertai oleh Bro Khairil (IT), Bro Razmi (Jab. Perjawatan), Bro Nasir (Jab. Pentadbiran) serta ahli baru KEBARA Bikers iaitu Bro Zul dari jabatan pentadbiran. Manakala Bro Borhan dari Cawangan Port Klang akan menunggu konvoi di RnR Seremban. Pada saat akhir, 2 orang bikers tidak dapat menyertai konvoi tersebut disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan.
 
Perjalanan konvoi bermula pada pukul 9.30 pagi daripada Ibupejabat Bank Rakyat. Perjalanan telah sampai di RnR Seremban pada jam 10.30 pagi dan Bro Borhan telah bergabung dengan konvoi utama. Setelah mengisi minyak untuk kuda besi masing-masing, perjalanan konvoi telah diteruskan untuk menuju ke Eagel Reach Resort, Port Dickson. Peserta konvoi telah sampai ke destinasi pada jam 12.00 tengah hari.
 
Sampai sahaja di kawasan tapak karnival pada pukul 12 tengah hari, urusan pendaftaran telah diuruskan oleh Bro Cengkoi sebelum ke padang berhampiran untuk melihat kepelbagaian motosikal yang siap direka kemas dan bergaya. Pasukan konvoi KEBARA Bikers dari zone Selatan telah pun sampai dan mereka juga telah bergabung dengan peserta dari Ibupejabat.
 
Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti pertandingan menunggang motosikal perlahan, gerai pameran dan jualan memeriahkan lagi acara tersebut. Istimewanya, bunyi deruman motosikal berkuasa tinggi yang mencuri perhatian semua pengunjung. Idea pengubahsuaian mengikut cita rasa kesenian serta kreativiti membuatkan pengunjung lebih teruja. KEBARA Bikers juga tidak ketinggalan menghantar wakilnya apabila  "Custom Chooper" milik Bro Saiful telah mendaftarkan diri untuk menyertai pertandingan yang diadakan. Kalah menang bukan ukuran yang penting semangat serta silaturahim itu yang menjadi keutamaan dikalangan bikers.

Peluang mengunjungi perkampungan ala cowboy di Eagle Ranch Resort membuktikan bahawa Negeri Sembilan tidak kurang hebatnya dengan kepelbagaian produk-produk pelancongan yang boleh dijadikan ikon negara.
Pasukan KEBARA Bikers menikmati makan tengah hari di Restoren Pak Saleh di Batu 4 Seri Rusa. Selepas itu, pasukan konvoi ke Masjid Bagan Pinang untuk menunaikan solat zohor disamping dapat beristirehat.

Dalam keseronokan itu, Bro Nasir terpaksa pulang awal setelah menerima SMS daripada isteri beliau dan memaklumkan bahawa anaknya mengalami demam panas. Alhamdulillah anak beliau telah kembali pulih seperti sediakala.
 
Selepas solat Asar, pasukan konvoi telah bergerak ke pasar malam Batu 4 apabila Bro Johanisputra yang merupakan salah seorang ahli KEBARA Bikers telah membuka gerai apam balik. Para peserta konvoi telah di taja dengan apam balik oleh bro Johanisputra. TQVM bro atas tajaan tersebut. heheheh.
 
Presiden KEBARA Bikers, Ustaz Zaki, Bro Bob Port Klang bersama Bro Zul memohon diri untuk balik ke Kuala Lumpur kerana ada urusan. Konvoi telah terpisah.  Tepat jam 6.00 petang, ahli KEBARA Bikers yang tinggal telah bergerak semula ke Eagle Reach Resort.
 
Acara sebenar PD Bike Fest bermula pada waktu malam. Boleh dikatakan waktu itu merupakan kemuncak buat semua bikers berkenalan dengan rakan baharu.Kemeriahan itu lebih memuncak ketika pengunjung dihiburkan dengan persembahan bertenaga daripada artis tempatan dan celoteh nakal daripada Chef Lan dan Tasha Rider Kayangan. Seterusnya penyampaian sijil penyertaan dari pada pihak penganjur.
 
Tepat jam 11.30, konvoi KEBARA Bikers telah bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah semua para perserta selamat sampai ke destinasi masing-masing. Rata-rata para peserta konvoi KEBARA Bikers menyatakan kepuasan yang tak terhingga di PD International Bike Fest 2013. Ribuan terima kasih kepada semua penaja Konvoi KEBARA Bikers ke PD International Bike Fest 2013. Terima kasih juga kepada Bro Cengkoi dan Bro Nizar kerana Berjaya menjalankan tugas dengan cemerlang memastikan keselamatan para peserta konvoi. Jutaan terima kasih juga kepada para peserta konvoi termasuk KEBARA Bikers Zone Selatan dibawah pimpinan Bro Saiful kerana berjaya membawa nama KEBARA BIKERS di arena permotoran negara kita. Moga dengan kehadiran KEBARA BIKERS ini akan membuka lembaran baru di kalangan warga kerja Bank Rakyat. Tahniah Semua...(SILA KE PHOTO GALERI UNTUK LAIN-LAIN PIC) - Jebat Blader